‘Ada hikmah di sebalik kekalahan Umno’ – Asyraf Wajdi

0
2

KEKALAHAN adalah suatu hikmah dan tajribah buat Umno menyedari betapa kuasa adalah amanah besar ummah yang tidak boleh dipersiakan.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Umno perlu menyedari bahawa amanah tidak boleh dicabuli dengan kerakusan nafsu kuasa, kecelaruan akal budi dan ketamakan haloba kebendaan.

“Umno sebuah wadah perjuangan. Ya, Umno tidak sempurna kerana pendokongnya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.

“Namun kekalahan yang ditakdirkan adalah suatu hikmah dan tajribah buat Umno menyedari betapa kuasa adalah amanah besar ummah yang tidak boleh dipersiakan.

“Amanah yang tidak boleh dicabuli dengan kerakusan nafsu kuasa, kecelaruan akal budi dan ketamakan haloba kebendaan,” katanya menerusi Facebook sempena sambutan Ulang Tahun Umno Ke-76, hari ini.

Beliau berkata, ahli dan pemimpin Umno juga perlu menyedari bahawa amanah ini perlu dipelihara dengan penuh keinsafan dan kegerunan bahawa ia bakal diperhitungkan kelak.

“Kini, di bahu generasi pelapis dan pewaris muda Umno tergalas tanggungjawab untuk #BangkitKembali dengan idealisme dan roh perjuangan sejati.

“Kembali kepada akar perjuangan berteraskan suluhan Ilahi dan agenda memartabatkan bangsa dan tanahair. Selamat menyambut Ulang Tahun Umno yang ke-76,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here