Tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM, Ulangan Semester 2 STPM

0
1
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

MAJLIS Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan pindaan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 dari tarikh asal kepada tarikh baharu.

MPM dalam kenyataan, berkata tarikh baharu (pindaan) bagi Semester 3 STPM 2021 ialah pada 25 dan 26 Mei serta 13, 14 dan 15 Jun iaitu diubah dari tarikh asal pada 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei.

“Tarikh baharu (pindaan) Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula pada 16, 20, 21 dan 22 Jun iaitu dari tarikh asal 13, 14, 15 dan 16 Jun,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my

“Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET), MPM melalui emel [email protected] atau telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here