Nama 5 doktor HPP didakwa pembuli diserah kepada KKM

0
2

NAMA lima doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli sudah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin, berkata nama itu dihantar untuk diperiksa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Saya sudah menghantar nama lima doktor itu dan jabatan mereka bertugas, yang didakwa membuli di HPP untuk diperiksa oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan beliau sudah menjawabnya,” katanya.

Dr Norlela berkata, namun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Nama-nama itu bukan mengenai kematian yang berlaku kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Cuma saya nak maklumkan bahawa saya juga sudah mengemukakan lima nama sejak saya membaca EXCO kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada menteri kesihatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran, di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lalu di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis.

Dalam maklumbalas isu sama, Khairy menengaskan KKM akan menubuhkan ‘task force’ bebas atau pasukan petugas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here