Kereta terbakar, Vellfire jadi ‘hero’ tepat pada masanya

0
2

SEBUAH kereta terbakar di tepi jalan dalam kejadian di Genting Highlands, Pahang, telah mengundang situasi panik pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian itu telah berjaya dirakam seorang pengguna TikTok dikenalk @kas_man88_tks yang kemudiannya tular di aplikasi media sosial yang lain, memaparkan sebuah kereta jenis Hyundai Elantra sedang marak dijilat api.

Kejadian yang berlaku semalam itu, disaksikan orang ramai yang turut berusaha memadamkan api menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya.

Video yang berdurasi 33 saat itu juga menunjukkan situasi panik orang ramai apabila kereta berwarna putih itu tiba-tiba mengundur ke belakang dari atas bukit menyebabkan pemandu jalan raya lain cemas.

Sementara itu, satu lagi klip video dimuat naik @ren.pmx pula memaparkan beberapa buah kenderaan cuba bergerak dan mengelak daripada berlanggaran sebelum kereta berkenaan ‘terlanggar’ Toyota Vellfire sekali gus berhenti mengundur.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan penghargaan kepada pemilik Toyota Vellfire kerana ‘berkorban’ daripada membuatkan situasi menjadi lebih buruk.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen bersimpati kepada mangsa dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan urusan. – Malaysiapost

Kereta terbakar di Genting Highlands.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here