Menteri Besar Perak enggan ulas

0
2

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad enggan mengulas lanjut berkenaan video tular melibatkan individu yang mirip salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Menurutnya, tiada sebarang maklumat sahih berhubung video yang tular tersebut walaupun sudah menonton klip yang tersebut di media sosial sebelum ini.

“Saya tidak berani hendak komen. Saya juga baca blog dan kenyataan Zaharin Mat Yassin ini. Saya tidak boleh komen apa-apa sebab tiada maklumat rasmi dan sah.

“Tidak cantik kalau saya membuat komen benda yang saya tiada maklumat yang sah dan rasmi. Saya tidak mahu jadi pemanjang cerita-cerita yang tidak pasti,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Pada 2 Mei lalu, pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yasin telah memuat naik tangkapan layar daripada video berdurasi tiga minit 24 saat itu.

BACA LAGI: Polis siasat rakaman video suami isteri tidak puas hati layanan hotel

Video tersebut memaparkan imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here