Kes Covid-19 sedikit meningkat selepas minggu pertama Syawal – KJ

0
2
kj khairy jamaluddin vaksin

SELEPAS seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri, terdapat sedikit peningkatan kes Covid-19 yang direkodkan dan keadaan itu adalah seperti yang diramalkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata peningkatan itu sudah dijangkakan, namun selagi keadaannya masih terkawal maka negara boleh meneruskan dalam fasa peralihan ke endemik.

“Seperti yang diramalkan, terdapat sedikit peningkatan dalam kes selepas minggu pertama Syawal.

“Kita perlu membiasakan diri dengan gelombangnya yang akan memuncak dan surut. Selagi tahap keterukan masih rendah, kita boleh meneruskan peralihan ke endemik,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata walaupun negara kini dalam fasa peralihan ke endemik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus meningkatkan pengawasan genomik dengan dengan lebih daripada 4,000 sampel diserahkan kepada Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) dalam bulan April.

“Ini membolehkan kami mengetahui varian dan garis keturunannya yang sedang merebak dan merancang tindakan sewajarnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here