Digelar “kenderaan berat”, wanita ini kongsi cara turunkan berat badan

0
2

FIZIKAL diri Sofea, 25, boleh dianggap sebagai “kenderaan berat terlebih muatan” dan dia menerima kecaman dan dipersenda segelintir individu kerana fizikalnya itu.

Lebih sadis, fizikal Sofea atau nama penuhnya, Nurhidayah Ismail yang bergelar suri rumah ini juga pernah disamakan dengan tayar lori selepas empat bulan melahirkan anaknya.

Berat badan Sofea melebihi 79 kilogram ketika itu. Malah pada satu tahap, dia mengakui hampir membuat keputusan bodoh untuk lmembunuh diri kerana berdepan “body shaming” atau perbuatan mengejek fizikal seseorang dalam media sosial.

“Saya sampai tahap nak tengok diri sendiri depan cermin pun tak sanggup. Saya dibandingkan dengan mereka yang mulut ibarat tak ada ‘insuran’. Malah yang mengejek fizikal saya pun ada di kalangan teman rapat.

“Sekali dua diejek, mungkin saya boleh tebalkan muka dan tahan malu. Tapi apabila banyak kali diulang ejekan sama, ia terngiang-ngiang. Lebih kronik di depan orang ramai, saya sampai takut nak keluar rumah.

“Nak pandang muka orang pun jadi segan. Saya banyak habiskan masa meraung dan menangis di rumah. Suami ajak beli baju pun, saya menolak kerana takut saiz baju tak ada,” kata Sofea.

Berat Sofea asalnya hanya 57 kilogram sebelum hamil. Selepas berpantang, berat badannya membesar bagai ‘juara’.

“Satu tahap saya cuba bersenam dan berpuasa, tapi tak menjadi. Berat badan tetap naik mendadak. Saya putus asa.

“Saya cuba diet makan buah dan sayur. Dijadikan cerita saya ke farmasi dan memberanikan diri mencuba nasib dengan amalkan minuman kesihatan, Nuetraa Fiber D+.

“Tak sangka, percubaan amalan minuman itu buat saya berjaya turun ke angka 75.8 kg dalam masa dua minggu. Kemudian selepas enam minggu seterusnya, berat saya mencecah 69.2 kg. Saya jaga waktu makan, kurangkan garam dan gula juga. Saya sekarang pakai saiz baju L. Dulu 2XL,” kata Sofea.

Jenama minuman fiber prebiotik itu sudah tiga tahun dan diformulasi ahli farmasi dengan 19 tahun pengalaman.

Ia berjaya membantu ramai yang berdepan masalah usus dan sembelit, membuang toksin, menurunkan berat badan dan merawat kulit bermasalah.

Jenama produk minuman berkenaan yang sudah berada di pasaran Malaysia selama 3 tahun, terus dipercayai dan unggul apabila menerima pengiktirafan Superbrand Award.

Diasaskan dua individu Datuk Dr Raja dan Siti Nazurah Mohd Nasir, produk itu berhasil mengembalikan keyakinan dan keceriaan individu.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here