PASANGAN selebriti, Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ‘terkejut’ kutipan duit raya anak mereka, Muhammad Bilal mencecah hingga RM14,020.
Jumlah kutipan itu dikongsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok, yang memaparkan dia dan suami mengira duit raya yang diterima anaknya itu pada sambutan Aidilfitri.
Menerusi video itu, PU Riz turut berterima kasih pada semua yang memberi duit raya kepada Bilal.
“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal.
“Sampai ada juga beri 1,000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.
BACA LAGI: ‘Bebaskan aku’ lagu baharu Yasin di sebalik tirai besi
Menerusi tinjauan, video yang dikongsikan Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2,000 komen dan lebih 6,000 perkongsian semula. – Malaysiapost

