Piala Thomas: Malaysia tumpaskan England

0
2

PASUKAN badminton negara memulakan langkah kanan dalam kejohanan Piala Thomas di Bangkok, Thailand hari ini dengan menumpaskan England dalam perlawanan pertama bagi Kumpulan D.

Kejayaan skuad negara itu disumbangkan oleh pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia yang menumpaskan Toby Penty 21-10, 21-15.

Mata kedua pula disumbangkan beregu negara Aaron Chia – Soh Wooi Yik dengan menumpaskan pasangan Ben Lane – Sean Vendy dalam saingan sengit 19-21, 21-15, 21-16.

Kemenangan Malaysia dimuktamadkan seorang lagi pemain perseorangan negara Ng Tze Yong yang menundukkan Johnnie Torjussen dalam aksi tiga set 21-16, 19-21 dan 21-11 untuk pasukan negara mengatasi England 3-0.

Baki dua lagi perlawanan bagi melengkapkan pertemuan kedua-dua pasukan adalah membabitkan pasangan beregu negara Goh Sze Fei – Nur Izzuddin menentang Rory Easton – Zach Russ dan Leong Jun Hao menentang Cholan Kayan.

BACA LAGI: Malaysia dahului pungutan pingat Sukan SEA Hanoi

Selepas aksi bertemu England, skuad negara akan menentang Amerika Syarikat esok dan mengakhiri aksi peringkat kumpulan berdepan Jepun pada Rabu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here