Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana, Putrajaya hari ini, dilanjutkan sehingga jam 6 petang.
Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) atas arahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar lebih ramai rakyat berpeluang hadir.
“Untuk sesiapa yang belum sempat hadir, dijemput hadir,” katanya.
Dianggarkan lebih 100,000 Keluarga Malaysia hadir berhari raya berkonsepkan ‘Beraya di Kampung’ yang mana orang ramai mula beratur sejak jam 9 pagi tadi.
Turut berangkat ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Rumah terbuka tersebut merupakan kali pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021 dan diadakan di kediaman rasminya. – Malaysiapost

