Pindaan perlembagaan Umno diusul 14 Mei

0
2
JOHOR BARU, 09/05/2018. Former Johor Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin, speak to reporter during a special press conference at Johor State UMNO Liaison Office. pic by Hari Anggara.

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membentangkan usul pindaan perlembagaan parti berkaitan pemilihan hanya diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) Khas, 14 Mei ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata, pembentangan usul akan diadakan di hadapan 2,666 perwakilan.

“Satu daripada usul yang dibentangkan pada PAU lalu ialah pemilihan parti perlu diadakan selepas PRU.

“Tempohnya perlu diadakan enam bulan selepas PRU. Saya juga sudah memaklumkan pada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai apa yang Umno lakukan ini,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Pada PAU 2021 lalu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapan dasar, mencadangkan supaya perlembagaan berhubung pemilihan parti itu dipinda.

Menurutnya, pemilihan parti seharusnya diadakan hanya selepas setiap kali PRU bagi mengelak sebarang usaha untuk memporak-perandakan, melemahkan kesepaduan dan kekuatan parti.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pada PAU Khas itu nanti akan dilangsungkan juga majlis sambutan ulang tahun Umno dan Aidilfitri.

“Majlis akan dimulakan dengan menaikkan bendera sempena hari ulang tahun Umno, diikuti ucapan serta amanat Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

“Seterusnya pembentangan usul pindaan Perlembagaan Umno oleh Mohamed Khaled disusuli sambutan Hari Umno dan Hari Raya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here