Covid-19: 1,251 kes baharu semalam

0
3
grafik

MALAYSIA melaporkan 1,251 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhan angka jangkitan meningkat kepada 4,455,364 kes.

Menerusi laman web COVIDNOW, kes harian itu melibatkan 1,242 kes penularan tempatan dengan sembilan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Setakat ini terdapat sejumlah 26,099 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, data dikongsi di portal COVIDNOW turut menunjukkan semalam terdapat 2,599 kes sembuh menjadikan sehingga kini 4,393,689 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Selain itu sehingga kini sebanyak 43,106 kes kematian dilaporkan di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here