Minyak habis, banyak kenderaan tersadai di pantai timur

0
2

KESESAKAN lalu lintas yang sangat teruk dilaporkan berlaku di semua laluan utama keluar dari negeri-negeri pantai timur sejak semalam, apabila perantau mula kembali ke ibu negara selepas menyambut Aidilfitri.

Pada masa sama keadaan bertambah buruk apabila dilaporkan ramai yang terpaksa ‘bermalam’ di stesen minyak apabila premis berkenaan kehabisan petrol.

Malah berdasarkan perkongsian di laman sosial, terdapat juga kenderaan yang tersadai di tepi jalan akibat kehabisan minyak.

Difahamkan, stesen minyak kehabisan bekalan bahan bakar tersebut susulan lori tangki membawa minyak tidak dapat sampai mengikut jadual akibat kesesakan teruk.

Terdapat juga pengguna Twitter memaklumkan di Jertih, cuma ada petrol RON97 dan diesel, manakala RON95 telah kehabisan.

Seorang lagi pengguna Twitter, Daniel ADH memaklumkan semua stesen minyak dari Tok Bali di Pasir Puteh di Kelantan sehinggalah ke Besut, Terengganu kehabisan minyak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here