Misi skuad B-23 di Sukan SEA Vietnam bermula malam ini

0
3

SKUAD B-23 negara bakal memulakan kempen acara bola sepak Sukan SEA Vietnam menentang pemenang pingat emas 16 kali, Thailand jam 8 malam ini.

Aksi getir tersebut akan berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Barisan muda negara kendalian Brad Maloney turut diperkuatkan dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu Hadi Fayyad dan Luqman Hakim Samsudin.

Turut berada dalam Kumpulan B ialah Singapura, Laos dan Kemboja.

Kali terakhir skuad negara meraih emas acara bola sepak Sukan SEA ialah pada 2011 di Jakarta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here