Aksi dramatik bawa Real Madrid ke final

0
2

REAL Madrid membuat kebangkitan dramatik pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara untuk menumpaskan Manchester City 3-1 di stadium Santiago Bernabeu, Madrid sekaligus mara ke aksi final.

Kebangkitan pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu berlaku pada minit-minit akhir perlawanan melalui pemain gantian, Rodrygo dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-90 dan ke-91 untuk mengikat kedudukan 5-5 secara agregat.

Terdahulu City kelihatan hampir pasti melangkah ke final apabila Riyad Mahrez meletakkan mereka di depan 1-0 untuk kedudukan 5-3 secara agregat.

Harapan pasukan bimbingan Pep Guardiola itu dimusnahkan apabila pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti ketika tambahan masa yang disempurnakan Karim Benzema untuk keputusan muktamad Real menang menerusi agregat 6-5.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Etihad, Manchester City berjaya menumpaskan Real Madrid 4-3.

Kejayaan Real kali ini menyaksikan pasukan yang digelar ‘Raja Eropah’ itu bakal bertemu Liverpool pada aksi final 28 May ini, sekaligus dalam usaha memenangi piala berprestij itu buat kali ke-14. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here