Trafik mula tinggi di lebuh raya

0
2

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan mulai tinggi hari ini sejak kira-kira jam 10.30 pagi tadi hingga tengah hari ini.

Laluan arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan mengalami keadaan yang trafik tinggi.

Berdasarkan maklumat dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Facebook rasaminya, trafik tinggi arah utara di Plaza Tol Skudai ke Senai membabitkan jarak sejauh 5.2 kilometer (km).

“Keadaan sama juga dari Kulai ke Sedenak (4.9 km) dan Simpang Renggam ke Machap (4.6 km)

“Arah selatan pula dari Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (1.2 km) serta dari Senawang ke R&R Senawang (4 km),” menurut perkongsian berkenaan.

Aliran trafik tinggi juga dilaporkan dari Permatang Pauh ke Hentian Juru; Jawi menghala ke Bandar Baharu; Bukit Merah menghala ke Taiping Utara; Simpang Pulai ke R&R Simpang Pulai dan Gopeng ke Tapah.

Sementara arah utara, trafik tinggi di Rawang Selatan menghala ke Sungai Buaya; Sungkai ke Slim River, dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

Turut dilaporkan mengalami aliran trafik yang tinggi adalah di Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua arah membabitkan kawasan sebelum masuk dan keluar Plaza Tol Kuala Terengganu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here