Kes harian Covid-19 dibawah 1,000

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 dilaporkan kurang daripada 1,000 kes apabila merekodkan 922 kes semalam berbanding 1,352 kes pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, kes baharu berkenaan membabitkan 921 kes tempatan dan satu kes import yang dilaporkan.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes Covid-19 yang dikesan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda negara adalah sebanyak 4,451,781 kes.

Selain itu, sembilan kematian direkodkan dengan lima kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 35,564 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 31,833 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.8 peratus atau 30,821 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 14 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 929 orang atau 2.9 peratus menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, seramai 5,520 pesakit dilaporkan sembuh semalam dan tiada kluster baharu direkodkan, menjadikan keseluruhannya kekal 7,010 kluster, dengan 84 daripadanya masih aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here