Gulai kawah paling ‘win’ – PM

0
1

BUDAYA berkunjung ke rumah saudara mara ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya ditunggu-tunggu setiap tahun tambahan selepas diberi kelonggaran melakukannya susulan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut tidak ketinggalan bertemu saudara mara dan kesempatan hari raya kedua dipenuhinya dengan beraya di kampung halaman di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, semalam.

Menurutnya, berhari raya di kampung paling seronok kerana terdapat pelbagai juadah dihidangkan seerti ketupat pulut, lemang, nasi dagang, nasi lemak sambal tumis dan lain-lain.

“Makan dari pagi hingga ke malam…letih bukan kerana berjalan tapi kerana makan. Tapi paling seronok bila bertemu saudara mara.. saya pasti berjalan dari rumah ke rumah tanpa henti… waktu tu lah jumpa ramai muka-muka baru yang saya tak kenal.

“Maka bertanya lah… “kamu anak siapa? cucu siapa?”… begitu lah setiap tahun berkenalan dengan saudara mara yang baru dan semakin membesar.

“Budaya ini merupakan budaya yang menyeronokkan yang ditunggu-tunggu setiap tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu beliau turut berkesempatan menziarah tanah perkuburan bagi seluruh keluarga dan saudara maranya.

“Selain dari menyedekahkan tahlil dan doa…dapat juga membawa anak cucu untuk mengingatkan dan menjelaskan tentang sejarah datuk nenek, moyang serta keturunan mereka.

“Yang penting, setahun sekali dapatlah semua sanak saudara jauh dan dekat berkumpul dan bermesra,” katanya.

Sementara itu, beliau berkongsi mengenai juadah raya paling digemarinya iaitu gulai kawah.

“Walau pelbagai jenis makanan saya dah cuba, lauk kampung tetap ‘win’. Kuah gulai kawah banjir, baru menjadi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here