Kerajaan hargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia – PM

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Beliau memaklumkan tema Hari Pekerja tahun ini adalah ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’.

Katanya, tema itu mencerminkan aspirasi kesepaduan, kesepakatan dan jalinan kerjasama Keluarga Malaysia untuk sama-sama berganding bahu memulihkan ekonomi negara.

“Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia.

“Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua warga pekerja yang diyakini akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara,” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here