Liga ACL: Sultan Johor zahir ucapan tahniah kepada JDT

0
1

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat kali pertama, semalam.

Sultan Johor bertitah, baginda turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang setia bersama JDT dalam melakarkan kejayaan penuh bermakna itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang mempamerkan aksi cemerlang dalam semua perlawanan dan malam tadi tercipta satu lagi kemenangan manis.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada penyokong yang sentiasa setia bersama JDT. ‘Keep it up’,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Impian JDT untuk melakar sejarah tersendiri dalam saingan Liga ACL menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

BACA LAGI: JDT lakar sejarah, mara ke pusingan kedua ACL

Kemenangan itu bukan saja bersejarah, malah ia dilakukan dengan cukup bergaya apabila muncul juara kumpulan selepas menghimpun 13 mata daripada enam aksi, sementara Kawasaki Frontale di tangga kedua di belakang JDT. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here