Kerajaan Sabah janji bina semula jambatan gantung di Nabawan

0
3

KERAJAAN Sabah akan membina semula sebuah jambatan gantung di Nabawan yang rosak dan dihanyutkan dalam kejadian banjir pada bulan lalu.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, sementara jambatan itu siap, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan kepada pejabat daerah terlibat untuk membeli bot dan enjin sangkut bagi kegunaan penduduk merentasi sungai bagi menjalani aktiviti harian.

“Kita ambil tindakan segera bila-bila masa kita buat yang penting pegawai daerah beli dahulu bot dan enjin sangkut, jika boleh hari ini juga kita beli dan kita sudah bagi peruntukan sebagai langkah sementara menunggu jambatan gantung siap,” katanya pada sidang media di Tuaran, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial klip video beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah terpaksa menggadaikan keselamatan diri menggunakan rakit dan zip line untuk menyeberangi sungai di Nabawan susulan jambatan gantung merentang sungai ranap dihanyut arus deras dalam kejadian banjir bulan lalu.

BACA LAGI: Bank digital perlu membela golongan terpinggir oleh bank konvensional – Saifuddin Nasution

Jambatan gantung itu merupakan laluan utama penduduk kampung.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan peruntukan kecemasan kepada beberapa kampung di Nabawan yang terjejas teruk akibat banjir membabitkan pembinaan jambatan dan penyelenggaraan jalan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here