Maszlee gesa KPM ubah tarikh daftar pelajar sekolah berasrama penuh

0
2

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) digesa mengubah tarikh pendaftaran sekolah berasrama penuh bagi pelajar Tingkatan Satu dan Empat yang dijadualkan bermula 13 hingga 15 Mei depan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata ini kerana 13 Mei bersamaan Jumaat adalah hari cuti bagi sekolah-sekolah di Terengganu, Kelantan, Johor dan Kedah.

Katanya lagi, pada 14 dan 15 Mei adalah cuti Sabtu dan Ahad bagi negeri-negeri lain manakala 16 Mei adalah cuti ganti Hari Wesak.

“Jika pelajar Tingkatan Satu dan Empat masuk asrama penuh pada 13hb, mereka nak buat apa tiga hari sehingga 17 Mei?

“Paling kesian ialah guru-guru yang terpaksa bertugas pada empat hari bercuti (kerana itupun adalah hujung minggu kedua bagi AidilFitri).

“Secara logik, 17 Mei adalah tarikh terbaik untuk pendaftaran dan murid boleh terus masuk dan belajar kerana sekolah memang sudah beroperasi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambah Maszlee, bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pula memang akan dibuka pendaftaran di sepanjang minggu, sekurang-kurangnya tidak mengganggu masa guru bercuti.

“Jika bermula 16 Mei pun masih diterima lagi kerana 17 Mei sekolah buka.

“Ini SBP perlu buka dan guru bertugas (mungkin secara giliran) duduk di sekolah tunggu murid. Little wonder our teachers are all wanting to opt for early retirement. What do you think?,” katanya.

Semalam Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pelajar Tingkatan Satu sekolah khusus KPM seperti sekolah berasrama penuh akan mendaftar secara fizikal bermula 13 hingga 15 Mei.

Radzi berkata pelajar diterima masuk ke sekolah khusus selama ini yang menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), boleh mendaftar dalam tempoh tarikh berkenaan di sekolah masing-masing.

“Pendaftaran fizikal bagi pelajar baharu Tingkatan Satu bermula 13 hingga 16 Mei sebelum sesi persekolahan bermula pada 17 Mei. Ia melibatkan pelajar baharu dan rayuan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here