DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab jika wakil parti itu gagal menjadi Ketua Menteri Sabah.
Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Presiden Umno itu juga perlu berkeras dalam menuntut isu itu kerana jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) jelas lebih tinggi berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Disebabkan Ahmad Zahid tidak dengar cakap, kemungkinan besar kerusi ketua menteri perlu diberi kepada parti Bersatu.
“Semua berlaku kerana kelemahan Ahmad Zahid, akibat tindakan beliau tidak benarkan 12 Ketua Bahagian Umno yang tidak menyokongnya selepas membantah pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Pengarah PRN, 12 orang ini telah digugurkan sebagai calon.
“Kemudian, calon BN di 12 kawasan ini telah tewas walaupun mereka sudah berkhidmat untuk rakyat sejak BN tewas PRU pada 2018 lagi,” katanya menerusi Faceook.

