Ku Li ketuai gabungan baharu misi tawan Kelantan PRU15

0
2

VETERAN Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengetuai gabungan kerjasama dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed yang mendedahkan program pertama gabungan rentas parti itu akan berlangsung pada 7 Mei depan.

“Tahniah dan terima kasih kepada ayahanda ambo Ku Li (Tengku Razaleigh) kerana sudi mengepalai gerakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang merentas batas kepartian dan kepuakan.

“Amanah Kelantan bersedia bergabung tenaga dan memberi kerjasama yang sepenuhnya demi membawa dan menawarkan satu perubahan kepada rakyat Kelantan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Difahamkan Ahli Parlimen Gua Musang itu mengerakkan kerjasama dengan parti daripada PH untuk menawan Kelantan pada PRU15.

Dipercayai kerjasama itu akan melibatkan Amanah, DAP, Pejuang dan Putra serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Untuk rekod, Kelantan ditadbir PAS sejak 1990 ketika di bawah pimpinan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sejak itu usaha Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Kelantan menerusi enam PRU tidak berhasil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here