SPRM ada kuasa siasat pegawai awam, termasuk hakim

0
2

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai badan awam termasuk hakim.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata, pihaknya diberikan kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah bawah Akta SPRM 2009.

SPRM menjelaskan, “pegawai badan awam” adalah mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam.

“Termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam,” katanya.

Terdahulu, tindakan SPRM menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali baru-baru ini mendapat pertikaian dan kritikan pelbagai pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here