Pelitup muka tidak lagi wajib di kawasan terbuka – KJ

0
2
khairy jamaluddin kj

PEMAKAIAN pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka atau di luar bangunan bermula 1 Mei ini berdasarkan protokol baharu dikeluarkan kerajaan hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata mengambil kira situasi Covid-19 di Malaysia yang terkawal ketika ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meneliti dan melakukan semakan semula ke atas langkah-langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 yang boleh dilaksanakan semasa dalam Fasa Peralihan ke endemik.

Beliau berkata, pihaknya telah membentangkan kepada Jemaah Menteri beberpa langkah-langkah baharu dan ia telah dipersetujui serta diharapkan dengan adanya kelonggaran ini akan dapat terus memperkukuhkan lagi pemulihan negara daripada pandemik Covid-19.

“Saya ingin umumkan bahawa pemaikaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing. Namun pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi masih amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19

“Mudah kata apabila dikuatkuasakan nanti semua protokol baharu ini, pemakaian pelitup muka untuk kawasan terbuka adalah pilihan dan tidak pagi wajib. Hanya pemakaian pelitup muka dalam kawasan tertutup masih wajib,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, pemakaian pelitup muka diwajibkan apabila berada di dalam bangunan kawasan tertutup termasuk pusar beli belah, pejabat dan pengangkutan awam termasuk e-hailing

“Penguatkuasaan dibawah Akta 342 akan terus dijalankan kepada individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka bagi kawasan tertutup.

“Walaubagaimanapun pelitup muka boleh ditanggalkan dalam beberapa keadaan di dalam bangunan iaitu semasa melakukan senaman berat, ketika berseorangan di dalam satu ruang, ketika makan dan minum, ketika sedang berucap dan ketika membuat persembahan.

“Jadi ada beberapa pengecualian yang telah pun terpakai bagi meraka yang memakai pelitup muka di kawasan tertutup,” katanya.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka terutama di dalam bangunan dan pengangkutan awam bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang sekeliling terutama mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan individu ‘immunocompromised’.

“Sebab itu kerajaan telah putuskan bahawa mandat pelitup muka bagi kawasan tertutup masih diwajibkan tetapi kita beri pilihan kepada mereka yang berada di kawasan luar bangunan.

“Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan ia mengambil risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan dimana pengudaraannya adalah baik.

“Walaubagaimanapun KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan orang ramai dan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium masih lagi menggalakkan untuk pakai pelitup muka,” katanya.

Khairy berkata, etika pemakaian pelitup muka ini mudah sahaja iaitu di luar bangunan ada pilihan tetapi jika kawasan berkenaan nampak sesak dan orang ramai maka buatlah pilihan untuk memakai pelitup muka.

“Kalau ada orang yang tegur cakap mereka warga emas dan minta pakai pelitup muka, pakailah pelitup muka. Ini adalah soal solidariti komuniti dan tanggungjawab individu sekarang.

“Kita beri pilihan kepada rakyat Malaysia di kawasan luar adalah pilihan anda tetapi buatlah pilihan berdasarkan kepada nasihat yang dikeluarkan oleh KKM,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here