Punca Letupan Stor Barang Kes IPD Sentul masih disiasat – Polis

0
3

POLIS masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan yang berlaku di dalam kawasan Stor Barang Kes Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, Jalan Sentul Works, Kuala Lumpur, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata beberapa jam sebelum kejadian letupan itu berlaku, terdapat kerja-kerja pelupusan barang kes melibatkan rampasan mercun pelbagai jenis telah dijalankan.

Menurutnya, lima pegawai polis yang bertugas di Stor tersebut dan dua orang pekerja am lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebanyak 18 kereta dan dua lori terbakar.

“Kesemua barang kes tersebut adalah merupakan barang kes berdaftar yang disimpan di dalam stor tersebut. Anggaran jumlah kerugian masih belum dapat ditafsirkan,” katanya.

Semalam, media melaporkan, tiga pekerja am yang membantu pembersihan proses pelupusan itu cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 6.24 petang dan kebakaran berjaya dipadam serta dikawal sepenuhnya lebih kurang jam 7.04 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here