Aidilfitri jatuh sehari lebih awal tidak benar

0
4
https://www.facebook.com/alkhawarizmimelaka/photos/pcb.327081676071579/327081409404939

DAKWAAN berkenaan Aidilfitri tahun ini dijangka disambut sehari lebih awal pada Isnin, 2 Mei adalah tidak tepat.

Balai Cerapan Al-Khawarizmi menerusi kenyataan, berkata sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.

Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka turut menjelaskan kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab), dan akan dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 H di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.

“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja. Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam 29 Ramadan 1443 H.

“Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” menurut kenyataan itu menerusi hantaran Facebook.

BACA LAGI: Tol percuma dan diskaun 50 peratus sempena Aidilfitri – PM

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar mengenai makluman mendakwa Aidilfitri mungkin berubah dan disambut sehari lebih awal daripada tarikh yang tertera di kalendar.

Hantaran berkenaan turut berkata perubahan itu disebabkan perkiraan syarat penampakan hilal imkanur rukyah pada tahun ini menggunakan format baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here