JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kegiatan sindiket penipuan jualan kelengkapan hari raya yang tidak wujud di media sosial kini mulai aktif.
Pengarah JSJK Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata wujudnya permintaan tinggi ketika ini untuk mendapatkan pakaian serta kelengkapan hari raya, sindiket penipuan dikesan mula aktif melakukan penipua
Menurutnya, berdasarkan statistik bagi tempoh 1 Januari hingga semalam, sejumlah 22 kes penipuan pakaian/kelengkapan hari raya telah dilaporkan dengan jumlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan setakat ini adalah RM19,773.
“Siasatan mendapati sindiket ini akan menggunakan platform media sosial bagi mengiklankan barangan namun setelah pembayaran dibuat, barangan yang dibeli tidak diterima.
“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan behati-hati semasa melakukan pembelian secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihatkan untuk mengelak dari membuat pembelian melalui platform atau penjual yang meragukan.
“Layari portal Semak Mule yang boleh diakses melalui https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk membuat semakan berkaitan nombor akaun bank dan nombor yang mungkin digunakan untuk aktiviti jenayah.
“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya. – Malaysiapost

