Pekerja putus tangan tersangkut mesin pemecah batu

0
2

MENGERIKAN apabila seorang lelaki terputus tangan dari paras siku selepas tangannya itu tersangkut pada mesin pemecah batu dalam kejadian di Keratong Timur, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.20 pagi.

“Pasukan BBP Muadzam Shah telah mengesahkan kejadian tangan seorang pekerja lelaki telah tersangkut pada mesin konvenyer (mesin pemecah batu) apabila hadir ke lokasi terbabit pagi ini. Insiden berlaku di Keratong Timur.

“Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Muhammad Roduan Sudin melaporkan tangan mangsa telah terputus dari paras siku dan melekat pada mesin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, walaubagaimanapun mangsa telah dibawa ke hospital oleh majikannya sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan operasi mengeluarkan tangan mangsa yang terputus dengan melonggarkan tali sawat mesin konvenyer dengan menggunakan sepana.

“Tangan mangsa kemudian diserahkan kepada majikan untuk dihantar ke hospital,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here