Pemandu warga emas masuk lorong motosikal di Pulau Pinang

0
3

POLIS berjaya mengesan pemandu Mercedes Benz yang tular di media sosial kerana memasuki lorong motosikal di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dari arah Pusat Bandar menghala ke Bayan Lepas, Pulau Pinang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata semalam tular satu video berdurasi 23 saat dimuat naik di Facebook dan Twitter memaparkan kejadian berkenaan.

Katanya, hasil semakan mendapati kejadian berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari pusat bandar menghala ke Jambatan Pulau Pinang.

“Pemandu kenderaan tersebut telah berjaya dikesan oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Timur Laut Pulau Pinang, jam lebih kurang jam 3.30 petang, semalam.

“Hasil semakan mendapati kenderaan berkenaan iaitu jenis Mercedes Benz warna putih didaftar atas sebuah syarikat dan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 82 tahun beralamat di Lebuh Rambai, Paya Terubong, Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA LAGI: PGA rampas rokok tidak bercukai

Bagaimanapun, Soffian berkata, kejadian jam 4.40 petang itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan membabitkan harta benda awam dan persendirian.

“Dalam insiden ini, didapati tiada sebarang kerosakan hartabenda awam dan persendirian berlaku serta tidak melibatkan apa-apa kecederaan pada mana mana individu.

“Bagaimanapun PDRM memandang serius kes ini dan menjalankan siasatan sewajarnya demi keselamatan orang awam khususnya pengguna jalanraya. Kes disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1952,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan serta peka terhadap arahan papan tanda lalulintas.

“Orang ramai juga diminta terus melaporkan kepada polis jika melihat sebarang aktiviti pemanduan yang menyalahi peraturan lalulintas,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here