KL dilanda banjir kilat

0
2

BEBERAPA kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda ibu negara petang ini dan terdapat jalan-jalan yang dinaiki air.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui perkongsian di laman Facebook rasminya, memaklumkan terdapat 10 kawasan yang dinaiki air setakat jam 4.30 petang tadi.

“Kawasan-kawasan tersebut adalah Jalan Kuching; Jalan Tunku Abdul Halim; Jalan Sematan; Pintasan Segambut; Jalan Segambut; Jalan Kinabalu (Bulatan Mereka); Jalan Changkat Thambi Dollah; Lebuhraya Sultan Iskandar; Jalan Travers; dan Bulatan Dato Onn.

“Warga kota dinasihatkan berhati-hati di jalan raya. Kakitangan DBKL telah turun kelapangan untuk melancarkan arus lalu lintas,” menurut hantaran itu.

DBKL turut berkongsi gambar keadaan semasa di beberapa kawasan yang terjejas berkenaan. – Malaysiapost

*Kemaskini: 4.34 Petang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here