Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara malam ini

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan sehingga jam 7 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Termasuk Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai);Terengganu (Besut); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin); Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Serta WP Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka dan Johor sehingga 7 malam; Isnin, 25 April 2022,” menurut kenyataan itu.

BACA LAGI: KL dilanda banjir kilat

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang  dijangka di Sarawak dan Sabah sehingga 8 malam ini.

“Iaitu Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

“Serta Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 8 malam; Isnin, 25 April 2022,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here