Saiful Bukhari letak jawatan sebagai ahli seumur hidup Bersatu

0
2

AHLI Jawatankuasa Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengumumkan mengundurkan diri sebagai ahli seumur hidup parti itu, berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional (PN), berkata keputusan itu sudah dipanjangkan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin melalui surat pada Jumaat lalu.

“Peletakan jawatan itu dilaksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti,’ katanya seperti dilaporkan portal The Malayapost, hari ini.

Saiful Bukhari berkata, pengunduran diri sebagai ahli Bersatu dibuat atas sebab peribadi.

“Bersatu adalah parti pertama yang saya sertai. Hasrat ini dibuat atas sebab peribadi.

BACA LAGI: Khemah besar atau kecil, Bersatu belum putuskan pendirian

“Sekalung penghargaan buat parti atas kesudian menerima saya selaku ahli awal tahun lalu dan pengalaman yang diberi selaku AJK Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu (Jun 2021-Kini) dan Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional bagi tempoh Mei 2021-Oktober 2021,” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan di Bersatu.

Katanya walaupun tidak menjadi ahli Bersatu, tidak semestinya hubungan persahabatan terputus kerana silaturahim harus mengatasi ideologi politik.

Untuk rekod, Saiful Bukhari dilantik sebagai AJK Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu pada Jun 2021 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda PN bagi tempoh Mei 2021 hingga Oktober 2021. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Saiful Bukhari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here