3 maut di pusat karaoke

0
3

TIGA termasuk seorang wanita maut, dipercayai lemas akibat asap tebal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Putra dekat Mergong hari ini.

Mangsa lelaki yang maut ialah Jeffrey Tan Yan Wei, 30, dan Mark Barry, 32, manakala mangsa wanita, Kim Mei Kit, 31 tahun dan kesemua mereka adalah pelanggan pusat hiburan tersebut, lapor Bernama.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.19 pagi tadi.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dan Jalan Raja dikerah untuk membuat pemadaman di bangunan Kelas A berkenaan.

Menurutnya, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya 10 minit kemudian.

BACA LAGI: Radhi OAG mengaku tidak bersalah pukul, cederakan bekas isteri

“Bomba dimaklumkan oleh pemilik pusat hiburan bahawa terdapat 11 individu dalam premis yang tidak beroperasi ketika kejadian.

“Bagaimanapun, lapan daripadanya berjaya keluar manakala tiga lagi pelanggan terperangkap di dalam bilik karaoke,” katanya.

Syufaat berkata pihaknya berdepan kesukaran untuk mencari mangsa yang terperangkap berikutan asap tebal selain bilik karaoke yang telah diubah suai.

“Selepas pemadaman, anggota bomba terus masuk ke dalam premis tetapi tidak menemukan sebarang mangsa. Pusat hiburan ini banyak bilik dan kami dapati banyak yang telah diubah suai dan ada juga bilik rahsia dan ini menyukarkan lagi proses pencarian.

“Kami dapat bantuan daripada pemilik premis untuk kenal pasti kedudukan bilik-bilik. Mangsa pertama yang kami jumpa ialah Mark di bilik VIP 1 manakala Jeffrey dan Kim ditemukan di bilik VIP 2,” katanya.

Syufaat berkata setakat ini polis dan pemilik mengesahkan tiada mangsa lain dalam premis dan kerja akhir dijalankan bagi memastikan tiada bara api yang dibimbangi akan menyebabkan kebakaran lagi.

“Buat masa ini punca kejadian masih belum diketahui,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here