Netizen geli hati baca komik Eco Shop di ‘billboard’ lebuh raya

0
3

Nurul Huda Abhar

SEBUT sahaja gedung serbaneka Eco Shop pasti ramai dapat membayangkan ‘kedai berhantu’ yang menawarkan harga serendah RM2.20 bagi setiap barangan dijual.

Strategi bijak kedai pilihan ramai itu kini muncul dengan promosi menerusi papan iklan di lebuh raya utama di Lembah Klang menampilkan karikatur beserta dialog-dialog menggelikan hati.

Difahamkan karikatur mencuit hati itu adalah karya kartunis tempatan, Mfafairus yang terkenal kerana menghasilkan kartun lucu seperti watak Atok dan Opah di media sosial.

‘Plot twist’ daripada lukisan di papan iklan tersebut menggambarkan golongan wanita sering ‘terlupa pintu keluar’ apabila berbelanja di Eco Shop ternyata menghiburkan hati netizen.

Semakan di Facebook Pemburu Tiket Murah mendapati rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Eco Shop kerana muncul dengan promosi iklan yang luar biasa.

“Memang kelakar gila. Silap-silap boleh excident leka membaca komik Eco ni,” kata Khairul Azhar.

“Aku sebagai subscriber IG MfaFairuz pun rasa bangga. Salah seorang artis berbakat besar dan pantas dengan isu semasa,” ujar Mohd Kamal.

“Kalau ini macam mesti laluan kiri penuh. Orang drive sambil membaca komik. Memang terbaik la promosi macam ni,” kata Nur Natasha. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here