PasLeak : ‘Kita tidak tahu dokumen itu betul atau tidak’ – PM

0
3

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas lanjut mengenai dokumen yang dikatakan mengandungi percaturan Pas untuk mencampuri urusan kehakiman.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata, dokumen yang diperkatakan itu masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

“Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak,” jawabnya ringkas kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa hantaran didakwa minit mesyuarat Pas yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.

BACA LAGI: Tiada keperluan buat penafian isu ‘PasLeak’ – Abdul Hadi

Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan memaklumkan akan membuat laporan polis isu berkenaan ‘PasLeak’ yang tular di media sosial.

Peguam utama Ahmad Zahid, Hisham Teh Poh Teik berkata, dokumen risikan yang didakwa dikarang jawatankuasa pusat Pas itu menimbulkan kesulitan kepada pihaknya, dan mengakui terkejut tentang perkara berkenaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan tidak akan melayan sebarang isu berkenaan PasLeak yang disifatkan sebagai surat layang semata-mata untuk memfitnah parti itu.

Beliau juga menyifatkan pihak yang sengaja mencetuskan isu tersebut hanya golongan loyar buruk yang berminat untuk melayan surat layang berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here