JIM kesan dokumen palsu arahan pembayaran permit masuk KDN

0
2

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menafikan mengeluarkan arahan pembayaran permit masuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti surat yang tular ketika ini.

Pengarah Imigresen Sabah, SH Siti Saleha Habib Yussof, berkata pihaknya menerima satu aduan yang mengatakan tular satu surat bertajuk arahan pembayaran permit masuk KDN yang dikeluarkan JIM Negeri Sabah.

“Hasil semakan pihak JIM Sabah mendapati dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan di Pejabat Imigresen Negeri Sabah.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terperdaya dengan sindiket pemalsuan dokumen dan berhubung terus ke Pejabat Imigresen terdekat untuk mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya ada pihak mendakwa boleh menguruskan dokumen jabatan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebarang aduan dan pelaporan boleh disalurkan terus ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Imigresen di laman sesawang http://ini.spab.gov.my.bagi.

BACA LAGI: PDRM, JIM diarah siasat secara terperinci punca tahanan lari – Hamzah

“Justeru itu, JIM Negeri Sabah bersama agensi penguatkuasa yang lain memohon kerjasama rakyat Malaysia khususnya di Sabah untuk melapor sebarang jenis dokumen imigresen yang meragukan bagi menbendung serta membanteras kegiatan ini.

“Tanggungjawab ini bukan hanya digalas oleh pasukan keselamatan sahaja, namun ianya juga adalah tanggungjawab masyarakat untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here