Covid-19: Kakitangan NU Sentral sah positif

0
3

PENGURUSAN pusat membeli-belah NU Sentral di Kuala Lumpur mengesahkan seorang kakitangannya positif Covid-19.

Menerusi satu kenyataan di Facebook pusat membeli-belah itu memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pengesanan kontak rapat dengan segera termasuk kakitangan pengurusan turut menjalani ujian Covid-19.

“Ujian pertama menunjukkan keputusan mereka negatif, walaubagaimanapun, kesemua kakitangan diarahkan untuk kuarantin diri selama 14 hari,” katanya

Katanya, pihak mereka terus mengambil tindakan melaksanakan disinfeksi dengan segera mengikut prosedur standard operasi (SOP).

“Kami terus mengambil langkah pencegahan yang diperlukan membabitkan keselamatan pekerja, peniaga dan orang ramai.

“Kami menasihati semua pengunjung mematuhi SOP yang dikeluarkan KKM iaitu memakai topeng muka, menjaga jarak dan kebersihan diri,” katanya.

Semalam, seorang kakitangan Nike di pusat membelah-belah Sunway Pyramid turut disahkan positif Covid-19. -Malaysiapost.