Akibat provokasi, Mike Tyson tumbuk ‘peminat’ dalam pesawat

0
3

LEGENDA tinju dunia, Mike Tyson didakwa menumbuk muka seorang lelaki berulang kali dalam sebuah pesawat di San Francisco.

Insiden yang menunjukkan Tyson, 55, memukul lelaki itu di tempat duduk di belakangnya telah dirakam menerusi telefon bimbit seorang penumpang pesawat dan dimuat naik menerusi portal, AS TMZ semalam.

Menurut TMZ memetik sumber yang rapat dengan bekas peninju itu, ‘peminat’ terbabit sangat mabuk dan tidak berhenti memprovokasi Tyson

Dalam video itu, kedengaran seorang lelaki berkata “hey, hey, hey, hey Mike, ayuh, mari kita hentikan itu”.

Kejadian berlaku selepas Tyson menaiki penerbangan menuju ke Florida, dan kelihatan meninggalkan pesawat itu sejurus selepas konfrontasi.

Penumpang berkenaan mengalami luka di dahinya, berdasarkan gambar yang dimuat naik dan dia pergi ke polis selepas menerima rawatan perubatan.

Seorang saksi berkata dia dan rakannya menaiki pesawat pada masa yang sama dan Tyson gembira untuk berswafoto dengan mereka.

“Tetapi nampaknya dia cepat hilang akal apabila lelaki di tempat duduk di belakang cuba bercakap dengannya secara tidak wajar,” kata saksi itu.

Tyson, yang digelar Iron Mike, memenangi 19 pertarungan profesional dan memperoleh tali pinggang pertamanya ketika berusia 20 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here