6,968 kes baharu Covid-19

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 di Malaysia yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 6,968 kes, sekaligus menjadikan 4,409,202 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, kes import adalah sebanyak 32 kes membabitkan 24 warganegara dan lapan bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula adalah sebanyak 6,936 kes membabitkan 6,718 warganegara dan manakala 218 lagi bukan warganegara.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 97 kes membabitkan 58 kes disahkan Covid-19; 39 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 63 kes membabitkan 38 kes disahkan Covid-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada 6,968 kes harian yang dilaporkan Kategori 1 adalah sebanyak 2,854 kes; Kategori 2 adalah 4,083 kes; Kategori 3 pula 11 kes, manakala Kategori 4 sebanyak lapan kes; dan Kategori 5 sebanyak 12 kes.

“Daripada 31 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan empat daripadanya tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 15 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 12 kes telah menerima dos penggalak; 15 kes berumur 60 tahun dan ke atas; dan 19 kes (61.29%) mempunyai komorbid.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu kes sembuh yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 8,267 kes, menjadikan 4,283,013 kes kumulatif yang sembuh setakat ini.

“Jumlah kluster yang dikesan setakat ini adalah 6,999 kluster termasuk empat kluster baharu. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah 6,893 kluster dan 106 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here