Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Che Mariam

0
2

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Che Mariam Abdullah.

Che Mariam adalah bonda kepada Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Ucapan itu dikongsikan Istana Negara menerusi hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut Istana Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here