PPM Sarawak rampas longgokan balak

0
2

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Lima, Sibu, Sarawak merampas longgokan kayu balak yang dipercayai diperoleh secara haram di tebingan Muara Pasar Durin Lama, Sungai Batang Rajang, Sibu, semalam.

PPM Sarawak dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, memaklumkan rampasan itu hasil maklumat awam dan risikan semasa rondaan sepasukan anggota Botronda PPM Wilayah Lima Sibu.

Menurutnya, longgokan kayu balak berkenaan ditemui dalam keadaan telah diikat menjadi rakit.

“Usaha mengesan pemilik dan suspek di sekitar kawasan penemuan kayu balak berkenaan tidak berjaya dan hasil pemeriksaan lanjut menemui lebih kurang 30 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz.

“Kesemua kayu balak berkenaan tidak mempunyai sebarang tanda tukul Jabatan Hutan (JH) Sarawak dan ksemua kayu balak tersebut dipercayai diperolehi secara haram,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, laporan polis mengenai ramasan itu telah dibuat dan kes akan dirujuk serta diserahkan kepada Pihak Jabatan Hutan Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here