22 lagi rakyat Palestin cedera, Israel rempuh Masjid Al-Aqsa kali kedua

0
3

SERAMAI 22 rakyat Palestin dilaporkan cedera selepas tentera Israel memasuki Masjid Al Aqsa pada waktu subuh Ahad, menyerang dan mengepung jemaah Islam di dalam surau bagi membuka jalan untuk penduduk haram Israel memasuki Masjid.

Bulan Sabit Merah Palestin di Facebook rasminya, memberitahu pasukan mereka setakat ini telah merawat 17 kecederaan semasa konfrontasi yang meletus di sekitar Masjid Al-Aqsa, manakala lima lagi kecederaan telah dipindahkan ke hospital.

Memetik The Siasat Daily portal, Pusat Maklumat Palestin berkata, tentera Israel merampas pembesar suara masjid selepas panggilan bantuan dari dalam disiarkan.

Selain itu, pegawai perubatan juga dihalang daripada memasuki masjid untuk memberikan pertolongan cemas.

Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, seramai 545 penduduk haram menyerbu Masjid Al-Aqsa secara berkumpulan dan setiap kumpulan termasuk dikawal oleh polis Israel.

Serangan Israel itu berlaku dalam tempoh 48 jam selepas satu lagi percubaan ganas oleh tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Al Aqsa daripada jemaah Islam pada Jumaat lalu.

Lebih 150 cedera dan sekurang-kurangnya 450 rakyat Palestin ditahan ketika tentera Israel melepaskan tembakan peluru keluli bersalut getah, gas pemedih mata dan bom tangan secara mengejut di dalam halaman dan dewan solat masjid. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here