48 gelandangan diselamatkan

0
2

SERAMAI 48 gelandangan termasuk tujuh warga berjaya diselamatkan dalam operasi bersepadu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di beberapa lokasi tumpuan di ibu negara.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dijalankan bermula jam 11 malam Jumaat lalu hingga jam 3 pagi, Sabtu.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) dengan usahasama oleh Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan Jabatan Kesihatan (JKAS) dibantu bersama agensi sahabat lain.

“Lokasi pencarian melibatkan Jejantas UTC Pudu, Mydin Jalan Silang, Jejantas LRT Pasar Seni, Bangkok Bank, Agrobank Central Market, HSBC Masjid Jamek dan Masjid Negara.

“Agensi-agensi sahabat lain yang turut terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Alam Flora,” menurut kenyataan itu.

Menurut DBKL, 41 gelandanan yang diselamatkan adalah warga tempatan membabitkan 39 lelaki dan dua wanita, manakala gelandangan di kalangan bukan warga negara pula membabitkan masing-masing seorang warga Lebanon, Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Indonesia, selain dua warga India.

“Mereka yang diselamatkan ini telah menjalani proses saringan kesihatan oleh JKAS dan AADK di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku.

“Gelandangan-gelandangan yang telah diselamatkan ini ditempatkan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana Taman Danau Desa Kuala Lumpur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here