Sardin Viral perintis makanan dalam pek kantung di Malaysia

0
3

PERMINTAAN Sardin Viral pek kantung atau ‘pouches’ yang pertama dihasilkan di Malaysia diusahakan D’Era Pouch Industries Sdn Bhd, mendapat sambutan terutama sejak awal Ramadan ini.

Trend pembelian pek sardin itu termasuk pek kantung kari ayam didorong oleh sifat produk dalam bungkusan yang jangka hayat bertahan selama dua tahun dan menyenangkan.

Hanya ‘koyak dan makan’, Sardin Viral dan kari ayam sedia dimakan terus atau boleh dipanaskan terlebih dahulu sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur.

Menurut Eksekutif Jualannya, Lokman Hakim Mohamad Rosli, perintis makanan seperti sardin dan makanan berkuah yang menggunakan pek kantung memberi alternatif dan suasana berbeza selain mesra pengguna.

“Pek kantung ini yang menggunakan teknik baharu dalam penyediaan produk iaitu teknologi retort atau pensterilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.

BACA LAGI: Coolblog komited tingkat sistem jaminan halal

“Teknologi retort mungkin baharu di negara, tetapi ia sudah lama digunakan tentera Amerika Syarikat dalam medan pertempuran sejak 1950-an.

“Berbanding penggunaan tin yang cenderung membuatkan ikan sardin itu masih berbau hanyir dan mempunyai aroma tin, pek kantung pula melawan arus dan sangat praktikal untuk mereka yang mahu menjimatkan masa, berkerjaya atau golongan pelajar. Tentunya ia dijamin halal,” katanya.

Lokman berkata, selain sardin viral dan kari ayam yang menjadi produk terlaris, dua lagi rangkaian makanan iaitu :Baked Beans’ dan ‘Tomato Puree’ turut dihasilkan.

Tambah beliau, istimewanya sardin viral turut diterbitkan dalam pek kantung mini.

“Kita menjaga kebersihan termasuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap ikan dan sumber makanan lain digunakan. Bererti proses kawalan kualiti (quality control) itu amat dititik beratkan dalam setiap proses atau mesin yang digunakan. Di Nilai 3 itu juga kami miliki kilang pemprosesan dengan melebihi 100 orang pekerja.

Produk Muslim ‘Sardin Viral’

“Teknologi retort sendiri menggunakan kaedah pembungkusan makanan dicipta dengan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan berlamina fleksibel.

“Teknologi berkenaan membenarkan pensterilan makanan dihasilkan. Malah semua makanan dihasilkan perlu juga melalui mesin pengesan logam magnetik untuk mengimbas makanan supaya tidak mengandungi bahan bendasing seperti serbuk besi,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 8,000 karton sardin dan 2,000 karton kari ayam dihasilkan bagi memenuhi permintaan semasa.

“Kita sasarkan jumlah karton itu boleh bertambah dari semasa ke semasa. Sardin Viral sendiri boleh dihasilkan lebih 100,500 karton hingga hujung tahun ini. Manakala kari ayam boleh mencecah 7,000 karton.

“Kami sasarkan hasil jualan tahun ini dengan mempertaruhkan rangkaian produk yang ada boleh mencecah RM12.6 juta,” katanya.

Beliau berkata, produk ini 100 peratus milik bumiputera dan boleh didapati di pasaraya terkemuka terpilih atau layari facebook @sardinviral dan laman sesawang sardinviral.com.my. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here