PM restu Nik Ezanee kembali dalam pasukan polis

0
2

SENIOR Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dijangka kembali berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memetik Astro Awani, pegawai pengiring kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu telah memaklumkan hasratnya untuk kembali ke dalam pasukan polis itu pada 2 April lalu.

Nik Ezanee berkata, Ismail Sabri juga telah bersetuju dengan keputusan tersebut selain membuat permohonan pertukaran dalam sistem PDRM kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.

“Selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri pada 2 April lalu, saya juga membuat permohonan pertukaran dalam sistem penjawatan PDRM…

“..dan buat masa sekarang masih lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor itu menjelaskan, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pengalaman dan kebolehan dimilikinya sekali gus dapat mencurahkan bakti kepada PDRM serta rakyat Malaysia.

“Berhubung keputusan ini, saya merasai pengalaman dan kebolehan saya ini boleh saya sumbangkan kepada PDRM. Pengalaman yang ada mungkin boleh menambah baik pasukan PDRM.

“Buat masa ini, tiada sebarang keputusan mengenai permohonan itu dan saya sedia berkhidmat di lapangan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here