PM santuni remaja istimewa di Bera

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa menyantuni seorang remaja istimewa di masjid sekitar Bera, Pahang, hari ini.

Beliau berkata, ketika berada di sebuah masjid, remaja tersebut yang bernama Fahira telah menarik perhatiannya.

Kongsinya, Fahira berumur 26 tahun dan berasal dari Kampung Paya Panjang.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberi sumbangan kepada keluarga Fahira agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Beliau juga turut memberi pesanan kepada orang ramai bahawa anak-anak istimewa ini merupakan anak yang diamanahkan Allah untuk dijaga dan disantuni.

“Islam merupakan rahmat buat sekalian insan. Islam tidak pernah menyisihkan golongan istimewa atau mengasingkan mereka. Insya-Allah Pak Long balik Bera kita jumpa lagi ya,” katanya menerusi Instagramnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here