Cukup-cukuplah MAS, AirAsia hisap darah penumpang – Bung Moktar

0
2

KEMENTERIAN Pengangkutan diminta campur tangan dan menangani isu tambang penerbangan antara Kuala Lumpur – Sabah yang melambung tinggi dengan  segera.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata harga tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada musim perayaan ini meningkat sehingga 500 peratus.

“Masyarakat dari Sabah mengadu dan mengeluh dengan fenomena sebagini, Pemerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia dilihat seakan akan menghisap darah penumpang.

“Bayangkan tiket ekonomi sahaja untuk sehala mencecah RM2,800 dan ada juga sehingga RM3,600 untuk satu perjalanan.

“Perkara sebagini tidak seharusnya berlaku… MAS serta AirAsia jangan sekali-kali mengaut keuntungan dengan menghisap darah penumpang,” katanya.

Bung Moktar berkata, dalam beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan tentunya anak Sabah di Kuala Lumpur mahu pulang, tetapi ramai telah membatalkan hasrat kerana tidak mampu.

Beliau juga mempersoalkan langkah AirAsia mewajibkan semua penumpang mendaftar masuk melalui mesin disediakan dan penumpang yang ‘check in’ melalui kaunter akan dikenakan bayaran RM100.

“AirAsia kena faham di Sabah masih ramai tidak memiliki telefon pintar dan pakcik makcik dari kampung masih tidak faham ‘check in’ melalui mesin yang disediakan.

“Cukup-cukuplah pihak MAS dan AirAsia menghisap darah rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here