PENDAKWAH bebas, Ebit Lew membelanja minyak kepada rider Grab atau dipanggil Gojek Online di Jakarta, Indonesia.
Ebit berkongsi beberapa foto di Facebooknya, memaparkan ‘kemeriahan’ warna hijau di sebuah stesen minyak apabila ramai penunggang Grab yang beratur bagi menunggu giliran untuk mengisi minyak percuma.
Beliau juga bersyukur kerana dapat menggembirakan mereka khususnya anak muda serta dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang baharu di negara jiran.
“Alhamdulillah belanja isi minyak free anak muda Grab / Gojek online di Jakarta.

“Gembira anak muda ini semua. Walau sekejap di sini terasa rapat mesra. Rasa bersaudara dan berkat bulan Ramadan. Ramai ucap terima kasih. Syukur pada Allah SWT,” katanya. – Malaysiapost

